Terma & Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Lembaran Pendedahan Produk (LPP)
KGOLD, brosur atau dokumen lain yang relevan dan dikeluarkan oleh KGOLD dari
semasa ke semasa mengikut jenis emas tertentu yang dibeli oleh pelanggan. Setiap emas yang dibeli
dan sebarang operasi di Aplikasi Web KGOLD yang dibuat hendaklah tertakluk sepenuhnya
kepada Terma & Syarat yang dinyatakan di bawah:
1. DEFINISI:
Perkara |
Definisi |
KGOLD | Aplikasi Web KGOLD dibangunkan oleh ACE Capital Growth Sdn. Bhd. (ACE) untuk pelanggan membeli dan menjual emas digital serta menukarkan emas digital kepada emas fizikal |
Akaun | Akaun pelanggan KGOLD dikendalikan melalui Aplikasi Web Koperasi Digital Emas Berhad (KODIMAS) |
Bai’ Sarf | Bai` Sarf merujuk kepada kontrak pertukaran wang dengan wang sejenis yang sama atau berbeza. Wang adalah medium pertukaran seperti emas, perak, atau bentuk lain yang diterima oleh Syariah. |
Wakalah | Wakalah merujuk kepada kontrak di mana pihak (Muwakil) memberi kuasa kepada pihak lain sebagai ejennya (wakil) untuk melakukan tugas tertentu, dalam hal-hal yang dapat diwakilkan, baik secara sukarela atau dengan mengenakan upah. |
Akad (Kontrak Jual Beli Emas) | Merupakan Kontrak Islam yang menyatakan Tawaran dan Penerimaan Penjualan emas & syaratnya, antara pelanggan dan ACE, pelanggan perlu membaca kontrak dengan teliti dan bersetuju dengan Harga Jual dan pertimbangan yang lain sebelum meneruskan transaksi. Pembatalan atau pengembalian wang tidak akan dilayan oleh ACE setelah pelanggan menerima kontrak dan syaratnya |
Pembekal Emas (Kami) | ACE Capital Growth Sdn Bhd – anak syarikat kepada Ace Innovate Asia Berhad |
Koperasi Digital Emas Berhad |
Koperasi Digital Emas Berhad Alamat KODIMAS J-16-2 Dataran Glomac, Jalan SS6/16, Pusat Bandar Kelana Jaya,47301 Petaling Jaya, Selangor |
Pelanggan | Pemegang akaun (individu), dalam Terma & Syarat ini atau mengikut akaun KGOLD dari semasa ke semasa |
Mata Wang | Transansaksi dalam mata wang Ringgit Malaysia sahaja |
Pembelian Pemulaan | Pembelian awal yang dibuat semasa pembukaan akaun KGOLD |
Harga Beli | Menunjukkan harga belian emas dari ACE kepada pelanggan-pelanggan yang membeli emas dari Aplikasi Web KGOLD yang akan ditentukan oleh Pembekal Emas |
Harga Jual | Menunjukkan harga jualan emas dari ACE kepada pelanggan di Aplikasi Web KGOLD yang akan ditentukan oleh Pembekal Emas. |
Penukaran Emas | Penukaran emas bermaksud pemilik Akaun KGOLD menukar emas digital kepada emas fizikal atau emas yang ditempa. Pertukaran emas bukanlah transaksi beli dan / atau jual. Bayaran dikenakan untuk setiap penukaran yang diminta oleh pelanggan. Semua emas fizikal adalah dalam bentuk emas berjenama Istanbul Gold Refinery (IGR). |
Jumlah Emas | Jumlah dalam Ringgit Malaysia untuk pembelian emas yang sama dengan jumlah emas yang akan dibeli dikalikan dengan harga emas yang ditetapkan oleh ACE Capital Growth Sdn. Bhd. |
Disandarkan oleh Emas Fizikal | Kaedah dimana semua transaksi jual beli pelanggan berdasarkan pada barbar emas tulen 999.9 yang diiktiraf oleh LBMA dan disimpan oleh ACE di peti besi SafeGuard G4S, Malaysia. |
Sejarah Transaksi | Memaparkan aktiviti transaksi pembelian, penjualan dan penukaran emas dalam skrin Aktiviti Transaksi di Aplikasi Web KGOLD |
e-KYC | ” Kenali Pelanggan Anda” adalah proses pengesahan dan validasi identiti pelanggan sebelum membuka akaun KGOLD. |
Terma dan Syarat | Terma dan syarat bermaksud yang dinyatakan dalam dokumen ini akan merangkumi sebarang pindaan, perubahan dan tambahan yang dibuat dari semasa ke semasa berhubung dengan Akaun KGOLD. Pemberitahuan kemaskini Terma dan Syarat akan dimaklumkan kepada semua pemegang akaun KGOLD melalui pengumuman didalam Aplikasi Web KGOLD, sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum dilaksanakan. |
Simpanan Emas | Lokasi di mana jongkong emas yang diiktiraf LBMA 999.9 disimpan di Malaysia dan juga merupakan kemudahan penyimpanan yang disediakan oleh ACE. |
Force Majeure |
Bermaksud peristiwa atau situasi di luar kawalan Pembekal Emas yang
berterusan selama (1) bulan atau lebih termasuk: a. Gempa bumi, banjir, kebakaran, wabak dan bencana alam yang lain b. Keganasan, rusuhan, kekacauan awam atau gangguan, perang (sama ada mengisytiharkan atau tidak) dan mogok |
Masa Transaksi | Masa merujuk pada 8.30 pagi hingga ke 11:59: malam, pada hari Isnin hingga Ahad, termasuk cuti umum kebangsaan mengikut kalendar Wilayah Persekutuan |
Kustodian (Penjaga/Wakil) | ACE adalah wakil/penjaga emas yang dibeli di bawah akaun emas oleh pelanggan melalui Aplikasi Web KGOLD. |
2. PENGENDALIAN AKAUN
2.1) |
Dengan mendaftar untuk menggunakan Akaun KGOLD melalui Aplikasi Web
KGOLD, pelanggan bersetuju bahawa perjanjian ini akan membentuk hubungan
kontrak antara ACE dan pelanggan;
|
||||||||||||||||||||||
2.2) |
Agar pelanggan dapat membeli dan menjual melalui Aplikasi Web KGOLD,
Pelanggan dikehendaki melakukan perkara berikut:
|
||||||||||||||||||||||
2.3) |
'DUE DILLEGENCE' PELANGGAN (CDD)
|
||||||||||||||||||||||
2.4) |
PENYIMPANAN EMAS
|
3. AQAD Kontrak Jual Beli Emas
3.1) | Aqad adalah kontrak yang dilakukan berdasarkan tawaran (ijab) dan syarat penerimaan (qabul) di antara kedua pihak (ACE Capital Growth Sdn.Bhd. dan pelanggan). | ||||||||||||||
3.2) | Tawaran (ijab) dan penerimaan (qabul) yang dilaksanakan secara sah mengikat pihak-pihak dalam kontrak. | ||||||||||||||
3.3) | Tawaran (ijab) dan penerimaan (qabul) yang dilaksanakan secara sah mengikat pihak-pihak dalam kontrak. | ||||||||||||||
3.4) | Kontrak merujuk kepada pertukaran harta untuk tujuan pemilikan matawang ke emas | ||||||||||||||
3.5) | Skrin Aqad yang terdapat di Aplikasi Web KGOLD ketika pelanggan / pengguna melakukan pembelian dan penjualan, atau sebelum melakukan pembayaran di Aplikasi Web KGOLD berfungsi sebagai penyempurnaan aqad apabila pelanggan menerima tawaran penjualan/pembelian. | ||||||||||||||
3.6) |
Butiran yang terdapat dalam Aqad adalah:
|
4. SYARIAH KONSEP: BAI’ AL SARF
4.1) | Bai` al-sarf merujuk kepada kontrak pertukaran wang dengan wang jenis yang sama atau berbeza. | ||||||
4.2) | Wang adalah medium pertukaran yang berupa mata wang, emas, perak, atau bentuk lain yang diterima oleh Shariah. | ||||||
4.3) |
Komponen Bai` al-sarf;
|
5. SYARIAH KONSEP: WAKALAH
5.1) | Wakalah adalah salah satu konsep Syariah yang diguna pakai dalam produk emas digital yang dikenali sebagai KGOLD. Berdasarkan konsep ini, ACE (Pembekal Emas) sebagai muwakkil (principal) dan Koperasi Digital Emas Berhad (KODIMAS) berperanan sebagai wakil (ejen) kepada ACE bagi mempromosikan produk emas digital (KGOLD) dengan kadar upah yang telah dipersetujui. |
5.2) | ACE sebagai Pembekal Emas akan membeli / menjual emas, daripada / kepada pelanggan secara langsung. Semua transaksi dijalankan di Aplikasi Web KGOLD diantara ACE dan pengguna secara langsung. |
5.3) | KODIMAS sebagai Wakil (ejen) berhak mendapat Yuran Wakalah tanpa syarat dan tanpa mengira sama ada yuran Wakalah akan dihitung dengan jumlah berat emas dalam akaun emas (gram). |
5.4) | Pelanggan juga sebagai muwakkil (principal) akan, melantik ACE sebagai wakil (ejen) untuk menjaga dan menyimpan emas yang telah dibeli di dalam peti simpanan kebal yang dikenal pasti oleh ACE. |
6. PEMBELIAN EMAS
6.1) | Pelanggan hanya boleh mula melakukan transaksi pembelian emas melalui Aplikasi Web KGOLD setelah berjaya mendaftar. | ||||||||
6.2) | Aplikasi Web KGOLD terbuka untuk individu yang berkelayakan, iaitu Warganegara Malaysia yang berusia usia Lapan Belas (18) tahun ke atas sebagaimana ditentukan oleh ACE. | ||||||||
6.3) |
Individu berikut tidak layak mendaftar untuk Akaun KGOLD:
|
||||||||
6.4) | Pembelian emas melalui Aplikasi Web KGOLD boleh dilakukan semasa waktu urus niaga sahaja. | ||||||||
6.5) | Pelanggan hanya boleh membeli emas digital dalam GRAM / Ringgit Malaysia | ||||||||
6.6) | Pelanggan dengan ini mengakui bahawa mereka telah membaca maklumat di skrin Aqad yang mengandungi perincian transaksi ketika menerima atau bersetuju untuk meneruskan pembelian emas melalui Aplikasi Web KGOLD. | ||||||||
6.7) | Sebelum membeli emas, pelanggan diminta untuk membaca LPP dan Terma dan Syarat yang disediakan oleh KGOLD dan tertakluk kepada keperluan Aplikasi Web KGOLD. | ||||||||
6.8) | Pengiraan jumlah emas akan ditentukan ACE mengikut prinsip Syariah. | ||||||||
6.9) | Harga beli emas yang di paparkan di Aplikasi Web KGOLD adalah merupakan sebut harga beli semasa. | ||||||||
6.10) | Pelanggan bersetuju untuk membayar caj FPX yang dikenakan oleh penyedia pembayaran semasa transaksi pembelian emas yang berjaya | ||||||||
6.11) | Had pembelian emas setiap hari mengikut had transaksi FPX yang ditetapkan oleh bank pelanggan. Had ini juga tertakluk dengan had yang ditetapkan oleh penyedia pembayaran dari semasa ke semasa. | ||||||||
6.12) |
Setelah pelanggan berjaya membuat pembelian melalui Aplikasi Web KGOLD, ACE
akan merekodkan maklumat didalam system GTP seperti berikut:
|
||||||||
6.13) | Pelanggan diminta untuk mengekalkan baki emas minimum RM10.00 setiap masa. | ||||||||
6.14) | Baki minima RM10.00 dalam nilai emas boleh digunakan untuk pembayaran kos penyimpanan dan pentadbiran. | ||||||||
6.15) |
Pelanggan perlu menjual atau membuat pertukaran ke atas kesemua baki emas dalam akaun
KGOLD melalui Aplikasi Web KGOLD, sebelum membuat permohonan
penutupan akaun. (Sila lihat perincian lebih lanjut dalam PENUTUPAN AKAUN KGOLD
Gold: Klausa 11)
|
6.16) | Pelanggan diminta untuk memeriksa dan memastikan harga dan urus niaga adalah betul sebelum meneruskan pembelian. Pembatalan dan pengembalian wang tidak boleh dilakukan setelah transaksi dibuat |
7. JUALAN EMAS
7.1) | Pelanggan boleh menjual emas melalui Aplikasi Web KGOLD setelah berjaya mendaftar dalam aplikasi dan diluluskan oleh ACE dan KODIMAS. | ||||||||
7.2) | Aplikasi Web KGOLD terbuka untuk individu yang berkelayakan atau warganegara Malaysia pada usia lapan belas (18) ke atas sebagaimana ditentukan oleh ACE. | ||||||||
7.3) |
Individu berikut tidak layak untuk mendaftar ke KGOLD Akaun:
|
||||||||
7.4) | Akaun bersama tidak dibenarkan dalam Aplikasi Web KGOLD | ||||||||
7.5) | Menjual emas melalui Aplikasi Web KGOLD hanya boleh dilakukan semasa waktu urus niaga sahaja. | ||||||||
7.6) | Pelanggan hanya boleh menjual emas pada ukuran kuantiti dalam GRAM/RM | ||||||||
7.7) | Pelanggan perlu membaca maklumat atau keterangan sebelum menjual emas | ||||||||
7.8) | Setiap transaksi penjualan dari Aplikasi Web KGOLD akan dipaparkan di skrin Aqad. Skrin Aqad menggambarkan perihal emas yang dijual (iaitu, ketulenan emas, harga semasa emas dan jumlah berat emas). Pelanggan diminta untuk mengesahkan dan menerima perincian dalam Aqad untuk meneruskan transaksi penjualan emas. | ||||||||
7.9) | Hasil penjualan emas pelanggan akan dibayar kepada pelanggan melalui kredit ke akaun bank peribadi pelanggan atau kaedah pembayaran lain seperti yang ditetapkan oleh pelanggan melalui Aplikasi Web KGOLD dan dipersetujui oleh pelanggan dari semasa ke semasa. Penjualan emas semasa waktu perniagaan akan dikreditkan pada hari yang sama manakala penjualan emas pada atau selepas jam 4 petang hari bekerja, akan dikreditkan pada hari bekerja berikutnya (T + 1). | ||||||||
7.10) | Aplikasi Web KGOLD hanya akan menerima transaksi Penjualan Emas dari semua pelanggannya sehingga had keseluruhan harian maksima 20kg emas ("Had Gabungan Harian"). | ||||||||
7.11) | Aplikasi Web KGOLD mempunyai hak untuk menolak dari menerima penjualan urus niaga emas dari mana-mana pelanggannya jika penjualan transaksi emas tersebut menyebabkan penjualan keseluruhan harian transaksi emas dari semua pelanggannya melebihi had keseluruhan harian atau dengan alasan sewajarnya oleh Pembekal Emas (ACE). | ||||||||
7.12) | .Had penjualan emas setiap hari mengikut had transaksi FPX yang telah ditetapkan oleh bank pelanggan. | ||||||||
7.13) |
Setelah pelanggan berjaya melakukan transaksi Penjualan Emas, ACE akan merekodkan
maklumat berikut:
|
||||||||
7.14) | Harga jualan emas kepada pelanggan secara langsung ditunjukkan sebagai harga semasa. Pelanggan dikehendaki mengekalkan baki emas minimum sebanyak Sepuluh Ringgit Malaysia (RM10) pada setiap masa. |
8. PERTUKARAN EMAS
8.1) | Ia merujuk kepada pertukaran dari Emas Digital KGOLD kepada emas Fizikal sahaja. Transaksi ini bukanlah transaksi jual beli. | ||||||||||
8.2) | Bayaran penukaran emas digital kepada emas fizikal akan dikenakan kepada pelanggan mengikut denominasi yang ditukar. | ||||||||||
8.3) |
Bayaran penukaran yang merangkumi 2 komponen:
|
||||||||||
8.4) |
Pelanggan memahami peranan London Bullion Market Association (LBMA), dimana
kepentingan LBMA seperti berikut:
|
||||||||||
8.5) | Pelanggan yang menggadaikan, menjual atau memperdagangkan emas di pasaran perlu menanggung risiko dan syarat pasaran yang ditetapkan oleh pihak ketiga yang berkaitan. | ||||||||||
8.6) | Nilai berat untuk penukaran emas ialah 0.5gram,0.25gram,1gram, 5gram, 10gram, 50gram, 100 gram, 1dinar (4.25 gram) dan 5dinar (21.25gram) | ||||||||||
8.7) | Had maksima pertukaran emas bagi setiap pelanggan adalah 100 gram. Bagi pelanggan yang ingin menukar lebih dari 100gram emas, pelanggan akan dikenakan caj untuk bungkusan seterusnya. | ||||||||||
8.8) | Bayaran perkhidmatan penghantaran termasuk di dalam kadar caj pertukaran. | ||||||||||
8.9) | Untuk penghantaran fizikal, pembeli perlu melantik penjual sebagai ejennya (wakil) untuk menyimpan/memegang emas yang dibeli/ditukar dalam simpanannya (wadiah) sehingga kutipan dilakukan oleh pembeli atau ejen yang dilantiknya (wakil), atau penghantaran emas telah dilakukan oleh ejen(wakil). Masa penghantaran yang diambil adalah 3-7 hari bekerja. Pelanggan boleh memeriksa status penghantaran di Aplikasi Web KGOLD. | ||||||||||
8.10) | Hanya pemegang Akaun KGOLD yang dapat menerima bungkusan emas dari perkhidmatan penghantaran. | ||||||||||
8.11) | Pelanggan diminta untuk mengekalkan baki emas minima Sepuluh Ringgit Malaysia (RM10) setiap masa. | ||||||||||
8.12) | Syarikat penghantaran yang dilantik akan membuat penghantaran dalam masa 3-7 hari bekerja. 2 percubaan penghantaran dan pemberitahuan akan diberikan kepada penerima, sekiranya penerima gagal dihubungi untuk menerima emas fizikal yang ditempa, emas tersebut akan disimpan di pejabat cawangan kurier yang dilantik selama 7 hari bekerja. Sekiranya tidak ada pungutan dalam jangka waktu yang disebutkan, syarikat penghantar yang dilantik akan mengembalikan bungkusan itu kepada ACE. | ||||||||||
8.13) | ACE akan menghubungi pelanggan setelah menerima bar emas ditempa yang tidak dikutip oleh pelanggan dari syarikat kurier, untuk penghantaran kali ke-dua. Kos penghantaran kali kedua perlu dibayar oleh pelanggan sebelum ACE meneruskan penghantaran dibuat. |
9. YURAN & CAJ
9.1) | Pelanggan bersetuju dan berjanji untuk membayar semua bayaran perkhidmatan atau transaksi berkenaan dengan atau berkaitan dengan Akaun KGOLD. ACE akan memberitahu pelanggan secara bertulis mengenai sebarang perubahan pada caj yang dikenakan pada Akaun KGOLD selewat-lewatnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh perubahan berkuat kuasa. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
9.2) |
Jenis yuran dan caj:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
i. Caj pertukaran Emas Fizikal
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ii. Caj Penghantaran Emas Fizikal
Sebagai ilustrasi pertukaran emas fizikal sahaja
|
10. PENUTUPAN AKAUN ”KGOLD”
10.1) | Akaun hanya boleh ditutup jika tiada baki emas atau sebarang tunggakan pembayaran yang masih berbaki dalam akaun tersebut. |
10.2) | Sebarang bayaran simpanan yang belum selesai untuk penyelesaian akan ditolak daripada akaun emas sebelum penutupan akaun. |
10.3) | Bagi pelanggan yang meninggal dunia, akaun penutupan hanya boleh dijalankan oleh wakil peribadi/pengganti. |
10.4) | Untuk menutup akaun, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami. |
10.5) | ACE berhak untuk menutup akaun pelanggan jika ACE tidak menerima sebarang maklum balas daripada pelanggan atau mereka tidak aktif selama lebih daripada 6 bulan. |
10.6) | Proses untuk penutupan akaun akan mengambil masa 2-3 hari perniagaan. |
10.7) | Pelanggan akan menerima pemberitahuan daripada ACE sekiranya akaun ditutup. |
11. UNDANG-UNDANG
11.1) | Terma & Syarat ini adalah tertakluk, dikawal serta ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. | ||||||
11.2) |
Tertakluk dibawah akta AMLA – Anti Pengubahan Wang Haram, pelanggan bersetuju untuk
tidak:
|
12. PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI DAN DATA PELANGGAN
12.1) |
Dengan maklumat peribadi dan data-data berkaitan sekiranya perlu kepada:
|
13. FORCE MAJUERE
13.1) | Walau apa pun peruntukan selain yang tertera di sini, sekiranya pihak KODIMAS atau ACE tidak dapat untuk melaksanakan apa-apa operasi atau menyediakan apa-apa perkhidmatan disebabkan oleh mana-mana alasan yang di luar kawalan pihak KODIMAS ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, bencana alam semulajadi, kemalangan, rusuhan, gangguan awam, pertikaian industri, perbuatan musuh awam, embargo, peperangan, bencana alam atau apa-apa faktor bersifat force majeure atau sebarang kegagalan atau gangguan telekomunikasi, elektrik, air, bekalan bahan api, pihak KODIMAS tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara ke atas sebarang kesulitan, kehilangan, kecederaan, kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh pelanggan yang timbul daripada sebab yang sama. |
14. LAIN-LAIN PERUNTUKAN
14.1) |
Sekiranya terdapat ketidakseimbangan antara Terma & Syarat ini dan Pendedahan Produk
dalam brosur, pemasaran dan bahan promosi yang berkaitan dengan kempen atau promosi, maka
Terma & Syarat ini akan berlaku.
|
15. KEMATIAN & KETIDAKUPAYAAN KEKAL
15.1) |
Kematian dan Ketidakupayaan Kekal bermaksud:
|
||||||||||||
15.2) | Untuk mengelakkan keraguan, semua arahan yang diterima oleh Aplikasi Web KGOLD Gold ACE yang dipercayai telah dibuat oleh Pelanggan hendaklah kekal berkesan untuk perlindungan ACE berkenaan dengan pembayaran yang dibuat/arahan yang dilaksanakan dengan niat baik walaupun kematian, Hilang Upaya Kekal, pembatalan arahan dalam apa jua cara, sehingga notis bertulis dengan dokumen yang membuktikan kematian, Hilang Upaya Kekal dan muflis diterima oleh ACE. | ||||||||||||
15.3) |
Sekiranya berlaku kematian, klausa berikut akan terpakai:
|
||||||||||||
15.4) |
Sekiranya Hilang Upaya Kekal, klausa berikut akan berlaku:
|
||||||||||||
AMARAN: | Pulangan Akaun KGOLD tertakluk kepada turun naik harga emas. Pelanggan dinasihatkan untuk membaca dan memahami Lembaran Pendedahan Produk (RPP) dan terma dan syarat sebelum membuat pembayaran. |